Wednesday, January 28, 2009

6 AkiBat BuRuk mAkaN BerLebiHan


MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

· Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

· Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

· Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

· Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

· Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

· Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”

JatUh CiNta SaTu KesiLapAn???


Jatuh Cinta Suatu Kesilapan???
Jatuh Cinta suatu Kesilapan???
Limaza... Bukankah ia datang dari yg Maha esa?
Bukankah ia datang tanpa dipinta
Hadir tanpa diduga....
Cinta bukan suatu kesilapan
ia perasaan suci
kita yang menzahirkan
Kenapa cinta yg dipersalahkan
tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta itu... tapi diri
sebab tak dibina dengan Islam
tak di halusi dengan keimanan
Tidak dibajai dengan ketaqwaan
Cinta bukan suatu kesilapan
tapi tapak menyuburkan iman
kerana tidak sempurna iman seseorang
jika ia tidak mengasihi saudaranya
seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri
Cinta bukan suatu kesilapan
Bukankah Allah maha pengasih dan maha penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta ibu membawa ke syurga
Cinta keluarga membawa bahagia
Cinta pada buku dicurahkan Ilmu
Cinta pada sahabat mendapat berkat
Cinta pada ibadah mendatangkan Rahmat Tuhan
Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki
Tapi memang cinta itu suatu kesilapan
Jika ia mejauhkan diri dari pencipta
Jika ia membina jurang dari yang esa
Jika ia mengalpakan diri...
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cahaya ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran khalid-Nya
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka seharusnya cinta itu kau jauhi
dan
Memang ia suatu kesilapan
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hai dan akal
Melawan nafsu yang bakal Memusnahkan

"Hidupkan rasa bertuhan... suburkan rasa Kehambaan..."


Sunday, January 25, 2009

MahAr CinTa....



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....



Janganlah bersedih dan buanglah rasa gelisah....


Kekosongan seorang mukmin bererti kelalaian, kekosongan itu sifatnya membunuh dan penganggurannya adalah kebatilan. kebanyakan orang yang merasa gelisah dan susah adalah orang-orang yang menganggur dan memilki masa terluang. Manakala keresahan dan kecemasan adalah modal utama orang-orang yang bankrap dari pekerjaan giat yang membuahkan hasil.

Maka bergeraklah anda, bekerjalah, membacalah, menulislah, bertasbihlah, kunjungilah orang sakit dan gunakanlah masamu sebaik-baiknya. Jangan sampai ada waktu yang tersisa untuk hal-hal yang tidak berguna, was-was dan rendah diri akan kembali merasuk ke dalam dirimu dan akhirnya kamu akan menjadi tempat permainan syaitan.


Jauhkanlah diri anda dari rasa gelisah kerana ianya akan membawa diri anda ke jurang khayalan rosak. Anda takut akan menghadapi segala sesuatunya. Padahal perkara yang tidak perlu digelisahkan itu tidak akan pernah datang di hadapan anda....


Saturday, January 24, 2009

KehiDupaN.....


Perjalanan hidup aku masih jauh lagi..pelbagai perkara yang aku perlu pikirkan..masa depan aku,keluarga,mama dan baba tersayang, pengorbanan kalian tak dapat ku balasi walaupun seumur hidup aku berbakti untuk mama dan baba...terima kasih mama, terima kasih baba.. insan yang aku 'sayangi' dan macam2 lagi...pelbagai ujian dan dugaan sering aku hadapi dan tempuhi...aku yakini bahawa segala onak duri yang aku lalui mempunyai hikmah disebaliknya...aku redha dengan segala ketentuan ilahi..aku hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa hanya kepada-Nya....dan aku yakin bahawa penentunya di tangan Allah yang Maha Berkuasa.....