Wednesday, January 28, 2009

JatUh CiNta SaTu KesiLapAn???


Jatuh Cinta Suatu Kesilapan???
Jatuh Cinta suatu Kesilapan???
Limaza... Bukankah ia datang dari yg Maha esa?
Bukankah ia datang tanpa dipinta
Hadir tanpa diduga....
Cinta bukan suatu kesilapan
ia perasaan suci
kita yang menzahirkan
Kenapa cinta yg dipersalahkan
tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta itu... tapi diri
sebab tak dibina dengan Islam
tak di halusi dengan keimanan
Tidak dibajai dengan ketaqwaan
Cinta bukan suatu kesilapan
tapi tapak menyuburkan iman
kerana tidak sempurna iman seseorang
jika ia tidak mengasihi saudaranya
seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri
Cinta bukan suatu kesilapan
Bukankah Allah maha pengasih dan maha penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta ibu membawa ke syurga
Cinta keluarga membawa bahagia
Cinta pada buku dicurahkan Ilmu
Cinta pada sahabat mendapat berkat
Cinta pada ibadah mendatangkan Rahmat Tuhan
Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki
Tapi memang cinta itu suatu kesilapan
Jika ia mejauhkan diri dari pencipta
Jika ia membina jurang dari yang esa
Jika ia mengalpakan diri...
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cahaya ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran khalid-Nya
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka seharusnya cinta itu kau jauhi
dan
Memang ia suatu kesilapan
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hai dan akal
Melawan nafsu yang bakal Memusnahkan

"Hidupkan rasa bertuhan... suburkan rasa Kehambaan..."


1 comment:

  1. cinta...
    bukan suatu kesilapan..
    cuma manusia..
    yang salah mentafsirkan
    dimensi cinta...
    jika cinta itu suatu kesilapan...
    maka silaplah..
    rasa cinta yang ditanam...
    oleh al-Khaliq pada setiap hambanya....
    cinta memang bukan suatu kesilapan....
    namun kerana manusia itu alpa...
    mereka kecundang dalam lautan cinta..
    yang menenggelamkan mereka...
    dari cinta Tuhan....
    dan....
    cinta sesekali takkan menjadi kesilapan...
    tetapi yang sebenarnya..
    yang menjadikan..
    cinta itu kesilapan adalah manusia itu sendiri...
    oleh itu...
    kenapa perlu mempersoalkan perasaan indah yang dikurnia oleh TUHAN..
    yang dibajai...
    oleh fitrah yang suci...
    kerana yang sebenarnya...
    diri sendiri yang perlu dipersalahkan...
    lantaran...
    kerana asyiknya cinta yang berpaksikan "syaitan"

    ReplyDelete