Sunday, January 25, 2009

Janganlah bersedih dan buanglah rasa gelisah....


Kekosongan seorang mukmin bererti kelalaian, kekosongan itu sifatnya membunuh dan penganggurannya adalah kebatilan. kebanyakan orang yang merasa gelisah dan susah adalah orang-orang yang menganggur dan memilki masa terluang. Manakala keresahan dan kecemasan adalah modal utama orang-orang yang bankrap dari pekerjaan giat yang membuahkan hasil.

Maka bergeraklah anda, bekerjalah, membacalah, menulislah, bertasbihlah, kunjungilah orang sakit dan gunakanlah masamu sebaik-baiknya. Jangan sampai ada waktu yang tersisa untuk hal-hal yang tidak berguna, was-was dan rendah diri akan kembali merasuk ke dalam dirimu dan akhirnya kamu akan menjadi tempat permainan syaitan.


Jauhkanlah diri anda dari rasa gelisah kerana ianya akan membawa diri anda ke jurang khayalan rosak. Anda takut akan menghadapi segala sesuatunya. Padahal perkara yang tidak perlu digelisahkan itu tidak akan pernah datang di hadapan anda....


1 comment:

  1. salam...

    LA TAHZAN..!!!!!
    kesedihan akan menjadikan kita seorang yang kufur dengan qada' dan qadar ALLAH...
    jangan biarkan diri kita terbuai hanyut dengan khayalan yang tidak mampu direalitikan...
    kelak pasti kita akan mempersoalkan..
    takdir Tuhan...

    LA TAHZAN
    jadilah hamba yang bersikap "faham"
    bahawa hidup kita ini kadang-kala mesti ada rasa "pasrah dan berserah"

    LA TAHZAN.....
    kadang-kala kita sebagai manusia sentiasa mengungkit..
    "kenapa apa yg aku inginkan aku tak dapat...??"
    dan lantas al-QURAN menjawab..
    "boleh jadi apa yang kamu inginkan bukanlah yang terbaik untukmu dan boleh jadi sebenarnya apa yang kamu tidak inginkan itulah yang terbaik untukmu..."
    (tafsiran dari surah an-Nisa')

    LA TAHZAN.....
    tawakkaltu a'la allah..
    inna allaha bilmutawakkiliin.......

    ReplyDelete